Tips: Pengangkutan Dari LCCT ke KL Sentral

AirAsia MAS LCCT

Assalamualaikum wbt.

Biasanya, apabila kita menggunakan penerbangan tambang murah seperti AirAsia untuk ke Kuala Lumpur dari destinasi tertentu, pastinya ia akan mendarat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT-KLIA) berhampiran Sepang. Untuk ke KL, paling mudah untuk menuju ke KL Sentral dahulu memandangkan ia adalah hub pengangkutan di KL sebelum menuju ke destinasi masing-masing.

Disebabkan malam ni menginap di KL sekejap setelah tiba di LCCT sementara menunggu penerbangan untuk pulang ke Kota Bharu esok, saya nak kongsi 3 jenis pengangkutan yang biasa digunakan dari LCCT ke KL Sentral.

1. Bas

Terdapat banyak perkhidmatan bas yang disediakan seperti SkyBus (milik AirAsia), Aerobus, StarWira dan lain-lain. Ini adalah jenis pengangkutan yang mudah didapati untuk ke KL Sentral dan pastinya paling murah. Terutamanya Aerobus yang mengenakan tambang hanya RM8 satu hala ke KL Sentral.

Saya pernah cuba Aerobus je. Kalau naik AirAsia, boleh terus beli tiket SkyBus secara dalam talian, lebih jimat daripada membeli secara terus. Perjalanan dari LCCT ke KL Sentral menggunakan bas mengambil masa lebih kurang sejam.

2. KLIA Transit (ERL)

Yang ni paling laju. Dalam 30 minit je dah sampai KL Sentral. Beli tiket yang berharga RM 12.50. Ambil bas feeder ke Stesen ERL Salak Tinggi dan terus menaiki ERL dari sana. Harga tiket tu dah termasuk dengan harga tambang bas.

3. KTM Komuter

Ambil bas shuttle daripada LCCT ke stesen KTM Komuter Nilai dan terus ke KL Sentral. Tambang  dari Nilai ke KL Sentral ialah RM 4.70. Lebih jimat daripada menaiki ERL.

4. Teksi.

Orang kaya boleh la. Backpackers macam kita, mungkin tak berapa berkenan di hati. Boleh saja jadi berkenan disebabkan mungkin tiba di LCCT sudah lewat malam. Maka, untuk menjimatkan masa, ambillah teksi. Harga tambang adalah sekitar RM 70 Р 80.

Saya sendiri lebih selesa menggunakan bas sebab lebih murah. Tapi kalau dah terlewat tu, ambil jugalah ERL. Haha.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Comments

  1. nazirah says

    salam..nak tanya saya nak ke Universiti malaya untuk traning.kalau dari KL sentral macam mana nak ke Universiti malaya tu tq

  2. jannah says

    salam. nak tanya tentang ktm komuter. mmg bas tu straight ke ktm nilai ke ? xde transit mne2 dulu ? sbb ade org cakap kene transit bas lain dekt KLIA.

  3. TIM NGIM says

    Saya ke LCCT tapi bukan naik Air Asia-naik Tiger Airways ke Singapore. Agaknya dibenarkan tak beli tiket Aerobus di KL sentral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge